Untuk
mengetahui hukum dan rukun Ar-Rahnu.
Untuk
mengetahui kebaikan dan keburukuan Ar-Rahnu.
Untuk
mengetahui peranan Ar-Rahnu terhadap masyarakat.
Untuk
mengetahui perkara yang membatalkan Ar-Rahnu.
Perbezaan
antara pajak gadai Islam dengan bukan Islam.
PENDAHULUAN
Dalam
bahasa Arab, Ar -Rahnu bermaksud sesuatu barang yang diserahkan kepada
seseorang sebagai cagaran hutang. Dari
segi syarak pula, ia membawa erti harta yang dijadikan cagaran kerana sesuatu
hutang untuk menyamakan hutangnya apabila tidak berkemampuan pembayarannya oleh
yang berhutang mengikut ketentuan syarak. Manakala dari segi syarak merujuk
kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan
hutang bercagar yang boleh dibayar.
Selain
itu, Definisi Ar-Rahnu menurut istilah undang-undang Islam ialah sebagaimana
yang diperkatakan oleh para ulama Maliki iaitu “Pemberian seseorang yang
diizinkan berkontrak, sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai
gharar yang sedikit sebagai sandaran (jaminan) ke atas sesuatu hak”. Definisi
di atas adalah meliputi definisi yang dinyatakan oleh empat mazhab utama ahli
sunnah iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hambali.
Penggunaan
perkataan “pemberian” membawa maksud semua urus niaga samada gadaian atau jual
beli. Ungkapan “seseorang yang diizinkan berkontrak” pula membawa maksud
mukallaf (mukallaf adalah orang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan
perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi
larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa dan mempunyai
akal) yang diizinkan berurus niaga
mengikut perundangan Islam iaitu berakal, baligh dan tidak boros. Manakala ungkapan “sesuatu yang boleh dijual atau
sesuatu yang mempunyai gharar (yang sedikit)” membawa maksud sesuatu perkara
yang boleh digunakan dalam berkontrak contohnya berjual beli.
Perkataan
gharar dalam bahasa Arab berasal daripada kata perbuatan gharra bermakna
memperdaya. Dari segi istilah, gharar ialah sesuatu yang tidak diketahui
kewujudannya atau ketiadaannya atau tidak diketahui jumlahnya sama ada sedikit
atau banyak atau sesuatu yang tidak mampu diserahkan ketika berkontrak. Gharar
yang sedikit pada pandangan mazhab Maliki ialah sesuatu ketidakpastian yang
dimanfaatkan oleh masyarakat.
Ungkapan
“sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar (yang sedikit)”
adalah merangkumi perkara yang boleh digadaikan. Akan tetapi tidak semua
perkara boleh dijadikan seperti babi, arak, bangkai dan sebagainya benda ini
haram dan tidak boleh sama sekali dijadikan barang gadaian walaupun ianya boleh
dijual beli. Ungkapan ini memberi pengertian umum terhadap sesuatu itu sama ada
ia benda atau manfaah (manfaat daripada benda), berdasarkan pandangan
sesetengah mazhab yang membenarkan “bukan benda” atau manfaah.
HUKUM
AR-RAHNU
Ulama
telah bersepakat menetapkan bahawa hukum gadaian adalah harus, ini kerana ianya
telah nyata di dalam disebut Al-quran dan selari dengan Al-hadis.
RUKUN
AR-RAHNU
1. Penggadai
(al-rahin) / orang yang menggadai :
·
Orang yang berhutang,
2. Penerima
gadaian (al-murtahin) / pemegang gadai :
·
Pihak yang memberi pinjaman
3. Hak
yang menjadi sebab sesuatu itu digadai / tanggungan gadaian iaitu hutang
(al-marhun bihi) :
4. Perkara
yang digadaikan (al-marhun) :
·
“sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang
mempunyai gharar (yang sedikit)” adalah merangkumi perkara yang boleh digadaikan. Akan tetapi tidak
semua perkara boleh dijadikan seperti babi, arak, bangkai dan sebagainya benda
benda ini haram dan tidak boleh sama sekali dijadikan barang gadaian walaupun
ianya boleh dijual beli. Ungkapan ini memberi pengertian umum terhadap sesuatu
itu sama ada ia benda atau manfaah (manfaat daripada benda),
berdasarkan pandangan sesetengah mazhab yang membenarkan “bukan benda” atau
manfaah sebagai perkara yang digadaikan. Contohnya ‘sesuatu hutang’ sebagai
perkara yang digadaikan
5. Ijab
& Qabul :
·
Persetujuan diantara dua belah pihak
(penggadai dan penerima gadai)
KEBAIKAN
AR-RAHNU
Diantara
kelebihan utama dalam Ar-rahnu dengan pajak gadai yang lain adalah pada
perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada
gadaian itu sendiri. Ini kerana keuntungan dalam Ar-Rahnu tidak diambil
daripada pinjaman secara langsung sebaliknya mengambil manfaat daripada
peminjaman dan penerimaan barang. Faedah tersebut terbit daripada kontrak baru
yang diwujudkan iaitu kontrak upah simpan. Kontrak upah adalah satu kontrak
yang wujud dan halal dalam perundangan Islam, tidak sepertimana sistem pajak
gadai konvensional yang mengambil keuntungan dari faedah bergantung pada nilai
pinjaman yang dilakukan ini dapat dilihat dalam syarat gadaian konvensional
yang menetapkan bahawasanya penghutang mesti membayar faedah atau bunga pada
kadar 2% sebulan ke atas jumlah pinjaman.
Syarat
ini bertentangan dengan perundangan Islam secara langsung yang tidak
membenarkan penambahan kepada kadar asal pinjaman berdasarkan tempoh masa
sebagaimana ketetapan yang dibuat oleh Majlis Penyelidikan Islam dalam
persidangannya yang kedua pada tahun 1965. Ia menyatakan bahawa segala jenis
faedah ke atas semua jenis pinjaman adalah riba yang diharamkan oleh
perundangan Islam. Kaedah ini nyata sekali haram disisi Islam kerana ia dilihat
member keuntungan hanya pada satu pihak saja dan satu pihak lagi tertindas,
firman yang dinyatakan dalam lampiran.
Di
samping itu penggadai tidak perlu bimbang akan keselamatan barang gadaiannya,
kerana barang yang berada dalam simpanan
pemegang gadaian akan dijamin keselamatannya . Di mana, penerima gadaian akan
menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi
oleh pemberi gadaian dan jika apa–apa yang tidak diingini berlaku terhadap
barang gadaian tersebut samada hilang ataupun rosak pihak pemegang gadaian akan
bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi ke atas barang gadaian itu iaitu
dengan membayar ganti rugi kepada pihak penggadai. Dengan ini, pemberi gadaian
tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka
sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
Dalam
Ar-Rahnu juga penggadai tidak perlu bimbang akan nilai gadaiannya kerana dalam
Ar-Rahnu kadar nilai barang gadaian dijamin tidak akan merosot apabila ingin
ditebus semula ianya akan tetap dengan harga asal sepertimana yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak ketika berakad dan tidak akan berlaku sebarang masalah di mana
barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau
pendek sedikit daripada sebelum digadai.
Dan
jika sekiranya pihak yang menggadai tidak mampu menjelaskan hutangnya pada masa
yang ditetapkan iaitu tamatnya tempoh perjanjian maka pemberi gadaian akan
diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual bagi
melangsaikan hutangnya yang tertangguh itu, Sekiranya harga jualan melebihi
baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan, hal ini berlaku kerana
nilai gadaian adalah jauh lebih tinggi daripada nilai hutang tersebut.
Selain
itu juga Ar-Rahnu mengenakan caj perkhidmatan yang rendah terhadap penggunanya.
Ini dapat dilihat dalam aspek pengurusan di Ar-Rahnu yang hanya melibatkan kos
dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak
Gadai Konvensional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga
sebilangan pemegang Pajak Gadai
Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai
walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
Pemberi
gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku
semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang
unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan
ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
Ar-Rahnu
juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan
pelanggannya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah
dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh
diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai
Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian
sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman
mereka ini ternyata membebankan pihak yang berhutang, sedangkan dalam Islam
melarang sebarang penindasan yang berlaku.
Pihak
penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang
gadaian mereka hendak dilelongkan ini berlaku kerana tempoh masa membayar balik
untuk mereka telah tamat. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui
bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis
dan barang gadaian mereka akan dilelongkan. Ini bertepatan dengan perundangan
Islam kerana ia adalah sebahagian daripada kesan atau natijah kontrak gadaian
tersebut.
Ar-Rahnu
turut menitik beratkan soal penentuan nilai gadaian yang sepatutnya. Dalam
Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan
barang gadaian yang digadai oleh penggadai contohnya ialah kadar hutang yang
ditetetapkan oleh penggadai hendaklah
bersamaan dengan 50% atau 60% daripada nilai barang gadaian (barang kemas
emas). Syarat ini berkaitan dengan mensyaratkan kadar tertentu untuk hutang
berdasarkan nilai barang gadaian. Para ulama membenarkan meletakkan syarat yang
tidak bertentangan dengan maksud kontrak dan tidak memberi mudarat kepada salah
satu daripada dua pihak yang berkontrak. Bahkan mereka bersepakat membenarkan
kadar hutang sama ada bersamaan atau melebihi atau kurang daripada nilaian
barang gadaian. Tidak seperti kedai Pajak Gadai Konvensional yang memberi kadar
pinjaman berdasarkan rundingan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
tanpa mengambil kira nilai barang gadaian yang digadaikan. Ia berlaku kerana
Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk
menilai gadaian berkenaan berbeza dengan pajak Ar-Rahnu di mana nilai taranya
telah ditetapkan.
KEBURUKAN
AR-RAHNU
Gadaian
anda akan dimasukkan dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS).
Hal ini akan menjadikan anda disenarai hitam dalam sistem perbankan. Kalau anda
nak buat loan perumahan di mana2 bank, mesti ditolak. Kenapa? Emas merupakan
kekayaan anda, bukan pinjaman tanpa cagar dari Bank. CCRIS itu sangat serius!!
Proses
pemajakgadaian telah ditukar kepada PINJAMAN BERCAGAR EMAS. Banyak kerumitan
dikenakan. Anda perlu membayar DUTI SETEM untuk perjanjian pinjaman bercagar
emas sebanyak RM10.00. Banyak borang kena ditandatangan dan juga dicop ibu
jari. Anggota ahli keluarga yang rapat diambil nama & telefon, semua ini
tektik pemasaran Bank.
Imbangkan
bahawa banyak borang yang dikena sign dan satu barang emas perlu mengambil masa
sekurang2nya 20minit. Kalau seorang 20minit, katakan 3 orang di depan anda,
anda perlu tunggu 1 jam baru sampai giliran anda. Di Pajak Gadai Berlesen,
proses secepat 3 minit utk satu barang. Penggunaan komputer yang paling canggih
dengan perisian pemajakgadaian.
Nilai
Pinjaman yang rendah. Ar-rahnu paling tinggi bagi sehingga 75% daripada nilai
marhun. Kedai Pajak Gadai Berlesen sekarang mampu bersaing sehingga 82%
daripada nilai marhun.
Tempoh
gadaian maksimum 10 bulan. Perlu ditebus kembali selepas ini! Di pajak gadai
berlesen tradisi, kalau upan simpan 6 bulan dibayar setiap kali, simpan seumur
hidup pun tiada masalah!
Barang
SOASA, BERBATU semua tak ambil!!! Mereka nak senang kerja. Duit bank, duit
koperasi, duit awam, tidak dijaga dan diurus dengan sepenuh hati. Di Pajak
Gadai Berlesen yang swasta, modal pusingan semua hak milik sendiri. Oleh itu,
servis yang unggul dan menggembirakan semua pelanggan.
PERANAN
AR-RAHNU
1. Menggalakkan
umat Islam melakukan gadaian mengikut syari’ah Islam dan membebaskan mereka
daripada berurusan dengan sistem yang mengandungi unsur-unsur riba.
2. Menyediakan
kemudahan kredit mikro kepada ummah khususnya kepada mereka yang memerlukan
wang segera untuk pelbagai tujuan.
3. Memberi
kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada unsur-unsur penyelewengan
apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai pajak gadai konvensional.
4. Memberi
kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu ini mengenakan upah simpan yang
minimum iaitu separuh daripada kadar yang dikenakan oleh kedai pajak
konvensional iaitu 24 peratus.
PERKARA
YANG MEMBATALKAN AR-RAHNU
Ar-rahnu
akan terbatal ataupun tamat tempoh apabila si penggadai telah membayar
keseluruhan hutang ataupun barang yang digadai diserahkan semula kepada
penggadai. Selain itu, pembatalan ini boleh berlaku jika barang gadaian itu
rosak dan orang yang memegang gadaian itu meninggal dunia. Apabila seseorang
itu tidak menjelaskan hutangnya pada
masa yang ditetapkan, ia akan menyebabkan barang gadaian dijual dan sekaligus
turut membatalkan gadaian yang dijalankan. Ia juga akan menyebabkan barang yang
digadai itu akan disewa ataupun disedekahkan kepada orang lain. Pembatalan juga
akan berlaku sekiranya pemegang gadaian itu membatalkan gadaian walaupun tanpa
pengetahuan si penggadai dengan syarat yang dibenarkan. Dalil telah disertakan
dibahagian lampiran.
PERBEZAAN
ANTARA PAJAK GADAI ISLAM DENGAN BUKAN ISLAM
PAJAK GADAI ISLAM
|
PAJAK GADAI BUKAN ISLAM
|
Memberi
pinjaman tanpa bunga (mengikut syariah Islam)
|
Memberi pinjaman beserta bunga (riba)
|
Tidak
dibenarkan mengaut keuntungan
|
Mengaut
keuntungan dari kesusahan pelanggan
|
Upah
menyimpan yang rendah
|
Upah menyimpan yang tinggi
|
Lebihan
wang ke atas barang yang dijual akan dikembalikan kepada pelanggan
|
Lebihan
wang ke atas barang yang dijual tidak akan dikembalikan kepada pelanggan
|
LAMPIRAN / DALIL
·
Firman Allah :
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu
tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk
Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian
ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu
sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli
(berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya
peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba),
maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi
haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi
lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka
kekal di dalamnya (surah Al-Baqarah 2:275)
"Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang
mengurangkan (sukatan dan timbangan) iaitu orang-orang yang apabila menerima
sukatan dari orang lain mereka minta patuhi . Dan apabila mereka menyukat atau
menimbang untuk orang lain mereka mengurangkannya".
(surah
Al-Muttaffifin: 1-3)
·
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Lima (dibalas) dengan lima. Mereka
sahabat bertanya: Apaah lima (dibalas) dengan lima , Hai Rasulullah? Rasullulah
menjawab; satu kaum tidak membatalkan perjanjian melainkan Allah (membenarkan)
musuh menguasai mereka. Mereka tidaklah memutuskan perkara dengan selain apa
yang telah diturunkan Allah, melainkan merebak kepapaan dalam kalangan mereka.
Tiada lahir di kalangan mereka kejahatan (zina) , melainkan Allah menurunkan
ta'un ke atas mereka, yakni banyak kematian. Dan tiada mereka mengurangkan
sukatan, melainkan mereka ditahan dari tumbuh-tumbuhan (tanaman tidak menjadi)
dan mereka ditimpa kemarau dan kelaparan. Dan tiadalah mereka menahan zakat
(tidak mengeluarkan zakat) melainkan mereka tidak mendapat hujan".
(Riwayat At-Tabrani)
·
Allah s.w.t. berfirman :
“Jika
kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak
memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang
(oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian
yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya)
dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi)
menyembunyikan persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka
sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan”. (Al-Baqarah: 283).
·
Firman Allah :
كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
"Tiap-tiap
diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang
dikerjakannya.........."(Surah Al-Muddasir 74:38)
KESIMPULAN
Sistem
Ar-Rahnu dalam ekonomi Islam di Malaysia lebih bersifat adil berbanding
konvensional. Oleh itu kami menyarankan konsep Ar-Rahnu dalam Islam
diperluaskan kerana konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada
mereka yang memerlukan, ia bagi membantu masyarakat kita tanpa mengira agama
dan keturunan. Islam menggalakkan dan menghalalkan sistem gadaian kerana ia dapat
meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat. Selain daripada itu,
ia dapat mengembangkan potensi perniagaan serta menggalakan mereka mencari
rezeki yang halal lagi berkat. Konsep ini dapat membantu meringankan beban seseorang
yang dalam kesusahan mahupun dalam keadaan terdesak. Ia juga bagi mengelakkan berlakunya keruntuhan sosial dalam
institusi masyarakat seperti meminjam daripada along dan lintah darat. Sistem
ini adalah dihalalkan dan tidak akan berlaku sebarang masalah penipuan. Hal ini
kerana, setiap pelangan yang urusan akan diberikan penjelasan yang terang dan
nyata melalui dokumen perjanjian yang akan persetujui bersama. Dokumen tersebut
mengandungi syarat-syarat perjanjian yang dikuatkuasakan oleh kedua-dua belah
pihak.
Tidak
dinafikan juga, apabila masih ada skim Ar-Rahnu yang mengandungi unsur-unsur
riba dalam transaksinya. Walau bagaimanapun, skim ar-rahnu ini juga mempunyai
manfaat, jika dibandingkan dengan transaksi konvensional. Oleh itu, usaha ke
arah menghilangkan syubhat riba perlu dilakukan dan dititik beratkan. Adalah menjadi
tanggungjawab kita sebagai umat Islam yang berkelayakkan dan berkemampuan untuk
mengubah situasi ini. Agar ekonomi kita dapat dijalankan dengan berteras
Al-Quran dan As-sunnah serta terus berkembang dan membangun sejajar dengan arus
pembangunan negara.
Berpandukan
ayat diatas, semua urusniaga yang dijalankan haruslah ditulis kerana ia dapat
dijadikan sebagai bukti yang kukuh dan jelas. Dalam Islam telah termaktub
sistem yang sempurna dan praktikal untuk dilaksanakan oleh umatnya bagi
mengelakkan berlakunya unsur-unsur gharar (penipuan) dan riba. Unsur-unsur ini
boleh dielakkan jika kita mempunyai instrumen kewangan Islam serta
menggunakannya cara yang efesien dan berkesan.
RUJUKAN
·
Dari sumber internet:
·
Dari sumber buku:
1. Mohd
Faizal Bin Mat Pesa dan Wan Mohd Tarmizi Wan Othman, Jun 2013, Jabatan
Pengajian Am, Pengajian Tamadun Islam
tq
ReplyDelete